ASSALAMUALAIKUM ...




Kami adalah pembaka kepada pelbagai jenis spesis ayam dan unggas. Tetapi buat masa ini kami lebih fokus kepada spesis ayam sabung. Baka-baka yang kami proses adalah terdiri drp baka-baka terpilih sama ada drp baka dalam negara kita (Local) atau dari Thailand.




Karektor ayam sabung yang menyerlahkan karisma dan kegagahannya telah membuatkan ia diminati ramai terutama kepada kaum Adam yang memang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan. Pemilihan ayam sabung yang baik meliputi pelbagai aspek bermula dengan baka dan susur galurnya, fizikal yang mempunyai karektor atau tulang yang kukuh, warna bulu melibatkan tinggi rendah bangsa ayam itu, sisik bak orang tua-tua berkata "Tuah Ayam Nampak Di Kaki" dan berbagai lagi. Dunia Moden Ayam Sabung juga telah mengalami satu perubahan yang besar. Pada masa ini terdapat pelbagai jenis baka kacukan untuk mendapatkan satu baka yang benar-benar hebat. Trend terkini adalah darah kacukan Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. Darah Pama telah dikacukkan (Pama Cross) dengan darah Thai, Saigon @ ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (Pama+Saigon), MaThai dan nama-nama lain.



Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Jalan permainannya yang unik, banyak sepak (Tembak) dan susah mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang.



Evolusi Pama telah berlaku di Thailand di mana 90% darah ayam sabung mereka di sana kini adalah daripada kacukan darah ayam Pama. Tetapi R & D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh 'Challenge' permainan ayam Pama - Baka Batang kaki Ketip Body @ baka 3 darah. Ayam Sabung Perak sentiasa mengikuti perkembangan dunia ayam sabung dan kami akan sentiasa upgrade baka yang kami ada dari masa ke semasa. Untuk Jualan sentiasa lah melihat ke laman Jualan @ Sales kami.



Kami sentiasa mengiklankan ayam-ayam sama ada daripada baka dari Ladang kami atau ayam Import untuk dijual. Kami juga ada menjual peralatan ternakan dan ubat-ubatan. Selamat melayari blog kami dan sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian ini :-




016-5629081 .



Isnin, 5 September 2011

KOD : UBT025 - Breeding Vita

Gambar 1

Breeding Vita - Vitamin untuk pembakaan. Di beri kepada ibu dan bapak ayam untuk penggalakan, telur cantik kulit keras, tulang dan anak ayam yang sihat dan juga bagi ibu ayam yang bermasalah spt telur lembik, bertelur berselang dan boleh dicuba untuk ibu yang susah untuk bertelur. 
Diberi 1-2biji sehari. 100 biji sebotol.

Harga : RM 25.00  temasuk penghantaran di Sem. M'sia  + RM 5.00 utk Sabah & S'wak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan